SLIDE1

Tuesday, January 10, 2017

The Meaning of Terukir di bintang by Yuna Zarai



Because today i feel love to be loved and just want to serenade my self

This song is from Yuna Zarai and its called terukir di bintang in Malay which means Written in the stars... here is the lyric and enjoy.. 
:)

Jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu
If you ask for gems and diamonds, I couldn't afford them,

Tapi sayang, kan ku capai bintang dari langit untukmu But love, i will reach the stars from the sky for you,

Jika enkau pinta satu dunia, akan aku cuba If you ask for the world, I will try,

Ku hanya mampu jadi milikmu, pastikan kau bahagia I can only afford to be yours, making sure you are happy,
Hati ini bukan miliku lagi, This heart doesn't belong to me anymore,

Seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu Even thousand years I'll wait for you,

Sayangku, jangan kau persoalkan siapa dihatiky My love, don't ever doubt who is in my heart,

Terukir dibintang, tak akan hilang cintaku padamu Written in the stars, it will never fade, my love for you,

Sayangku, jangan kau persoalkan siapa dihatiky My love, don't ever doubt who is in my heart,

Terukir dibintang, tak akan hilang cintaku padamu Written in the stars, it will never fade, my love for you,
Terukir dibintang, tak akan hilang cintaku padaaaaaaaaaaaaaa.........mu Written in the stars, it will never fade, my love fooooooooooooooooooor........ you.





Boat Noodle Murah

 

selalu pergi makan boat noodle tak terpikir pulak nak update dalam blog... ni kes kalau korang tak boleh move on makanan kelantan atau thai... suka sangat makan mee celup atau kuih muih manis... silalah berkunjung ke Boat Noodle sebagai substitude kepada makanan fav korang nun yang jauh di kelantan dan thailand.

   

menu dia xdelah pelbagai variety sangat... kalau korang kerap datang maksudnya korang dah pernah rasa semua jenis makanan dia... makanan pon murah, rasa pon sedap... sila refer menu utk lihat harga.

   

sis salute mana2 orang yang pergi boatnoodle sampai tinggi menara kl mangkuk korang susun... sis memang xmampu nak habiskan bermangkuk-mangkuk sebab sis order side dish lain jugak...  tapi korang order jugak side disg, mangkuk korang tetap tinggi... sis je makan sikit tak kurus2 🙄🙄

   

green tea dia sedap... takde lah manis meleting... menurut cik abang, green tea boat noodle lagi mabeles dari starbuck... greentea starbuck dia manis muak sebab aku rasa mcm over cream dr rasa tea.
siapa suka collect cawan boat noodle ni kita geng!!!! berkualiti gila cawan dia... sis suka. Pak arab tua kt belakang tu asyik pandang2 sis, maybe sebab sis melantak gelojoh sangat

   

 cili dekat the curve elok je tak pedas... letak 2 sudu boleh hirup lagi... cili kt dpulze tak tahu kenapa over sangat pedas dia... letak sesudu dah rasa pedas mcm makan mee samyang yg viral tu... 

   

puas tau suruh cik abang snap gambar basi kita... 

   

alahai cinonet je chicken wings dia... mcm pencungkil gigi je... kalau bawak anak sedara, kene order 3 mangkuk chicken wings utk diasorang makan.

   

ni paling mabeles dan paling ditunggu-tunggu... boleh berenti makan mee kalau roti ni sampai dulu.. kene makan masa panas2 tau... sebab roti tu diorang steam utk kasi selembut sutera... kalau korang lambat makan, keras dah tak sedap.... tak boleh makan selalu... kencing manis nanti.

   

ni kalau nama melayu dia ayam cincang kicap basil... not bad cuma dia berminyak... tak disyorkan utk yang berdiet...  kalau chicken green curry dia hmmm sis makan rasa flavour herbs /coriender/thai basil are too strong... sis tak berapa gemar sangat..

bayam goreng salut tepung pon sis kurang minat sebab dia memang cruchy tapi muak berminyak.. btw anak sedara kita suka, dia makan sorang je bayam goreng tu

   

kuih ni kalau nama melayu dia kuih seri muka kot... atau kuih tepung pelita atau kuih lapis yang atas dia santan then lapisan bawah dia flavour pandan manis.

   

haaaaa... macam ni la rupa kuih ni kalau kita scoop dia, lapisan bawah ada warna ijo... cuma flavour pandan dia tu lebih strong and manis dari kuih versi malaysia... 

   

akhir kata sambutlah salam kemanisan dari sis... pesanan sis, jadilah diri sendiri sebab korang tak meluat ke hipokrit tiap masa? 
 tiba2 pulak... 

 assalamualaikum.  

Monday, January 9, 2017

Mia Adriana- 7 Hari Mencintaimu


post kali ni bukan nak cerita mengenai drama/novel 7 hari mencintaimu...
saja je tajuk kasi gempak sebab nak naikan trafik (pam pam pam)
post ni xde kene mengena pon dengan cerita yang viral dengan buntat ni



saya cuma nak tulis
yang saya baru potong rambut depan sebab feeling mcm Mia Adriana lepas tengok drama
7 hari mencintaimu

tau! muka xsama... tapi lantak aku lah nak feeling
hahahahah


kecoh!

kerat rambut depan pon nak update blog...


SCANDINAVIAN HOME - idea Deco rumah



Hiasan rumah trending dan hangat diperkatakan zaman sekarang adalah SCANDINAVIAN INTERIOR DESIGN... especially bujang dan baru mendirikan rumah tangga akan explore cara deco rumah simple macam ni. boleh dikatakan gaya hipster under bajet. 

Semenjak kewujudan ikea, kaison, ssf, H&M furniture, index living mall and etc di Malaysia, rata-rata netizen beralih arah memilih konsep deco rumah ala simple, modern dan natural. Tapi tahukah kita apa maksud SCANDINAVIAN STYLE INTERIOR DESIGN?

Menurut aku... Scandinavian style are basically from the combination of these component; simplicity, minimalist, comfort and a bit touch of natural...  ini bermakna, dalam mendeco rumah korang, tak akan ada makna kecelaruan konsep rumah yang akan menampakkan kucar kacir... kombinasi warna yang harmoni dan perabot modern yang ringkas menjadi kunci utama kepada style scandinavian.



1. KOMBINASI WARNA
kombinasi warna sangat memainkan peranan dan mempengaruhi suasana rumah korang... untuk style scandinavian ni biasanya tertumpu kepada base warna terang iaitu putih dan diperincikan dengan sentuhan kombinasi pastel mahupun warna gelap yang bersesuaian.

Kalau zaman mak kita dulu, suka hari je nak letak warna apa... dinding wallpaper bunga-bunga... langsir pun nak berbunga-bunga tak match wall paper, perabut bersepah sana sini tak ada konsep. (jangan kutuk mak korang tau... hihihi)







2. PERABOT
Kalau bercerita bab perabot, yang pasti daripada pemerhatian aku... perabot mesti ada unsur modern+klasik... element perabot yang mempunyai unsur/sentuhan kayu sangat mencantikkan pemandangan. Scandinavian style mementingkan perabot minimalist... terutamanya untuk ruang kecil. contohnya pada area living room yang kecil, hanya letakan sofa 3 seater/2 seater beserta kerusi kecil tambahan untuk menjimatkan ruang... rasanya lagi baik spend untuk sofa 3 seater berkualiti sebab sofa adalah penarik utama yang menjadi perhatian/santapan mata.. lagipung itu tempat paing kerap korang lepak.





3. MONOCROM ITEM
monocrom item untuk scandinavian style ni aku rasa must have...
tak kisahla bantal, rug, atau apa-apa sahaja item... ianya mampu menaikan ruang hiasan kita dan juga memberi sentuhan modern.





4. PROP/HIASAN PENYERI
Oleh kerana berkonsepkan minimalist dengan perabut yang terhad... jadi kita perlu memberi perhatian dan perincian kepada prop/hiasan tambahan sebagai penyeri. Di sini kita boleh bermain dengan warna-warna yang boleh di blend dengan dinding dan perabot kita.

Prop yang boleh diberi perhatian adalah seperti throw pillow, frame gambar, rak atau kabinet, langsir, lampu dan beberapa aksesori yang melengkapkan gaya ruang anda.






5. CERIAKAN SETIAP SPACE
maksud ceriakan setiap space ni adalah, jika mempunyai ruang yang terbiar atau kosong... kita boleh serikan dengan hiasan seperti:


idea untuk perabot rak kasut


idea bagi hallway








6. POKOK-POKOK HIJAU
untuk kelihatan fresh dan terlihat nyaman... pokok-pokok hijau perlu diletakan disudut yang bersesuaian samaada pokok fresh atau tiruan... untuk meletakan pokok segar , ianya sangat bagus kerana bukan sahaja sebagai penyeri kediaman tetapi juga sebagai air purifier alami.






banyak lagi idea hiasan rumah yang boleh kita kongsikan bersama... untuk post seterusnya saya akan konsikap tips hiasan rumah flat under bajet.

selamat membaca dan berkongsi idea...

assalamualaikum :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...