SLIDE1

Friday, April 22, 2011

PENGAT DURIAN a.k.a PUNGUT DURIAN


pungut durian
tapi BABY tersasul panggil PUNGUT DURIAN
hahahahahaha!!!

ade yang panggil pulut durian
apa-apa lah asalkan durian
memang marvelous.. nak nak lagi musim durian yang lebat lebat ni kan

ni saja je nak tungjuk cara2 buat pengat durian versi campak campak
bahan bahanya:

1. pulut
2. gula melaka dan sedikit garam
(actually gula putih pon okay... tapi nak pakai dua dua.. cuma nak pakai sikit je... sebab memang xsuka mende mende manis meleting ni... just guna 3 buku je gula melaka tu and 3 sudu besar gula putih) 

3. santan... satu pack besar untuk buat pengat durian

4. daun pandan.. 2 helai
(tapi malangnya waktu nak masak ni... tak jumpa daun pandan... hentam sajala labu~~)

5. durian
2 biji durian aku guna... terpulang lah pada korang..
buang biji... ambik isi je..
yang tak buang biji ambik gak... tapi better letak last sekali.. kacau2 and angkat...xperlu lama, takut tak ade isi pulak...
untuk masak pulut.. guna santan pack kecil.
memandangkan saya hanya memasak pengat durian.. so kerja kerja menanak pulut kite serahkan pada KAK LEHA... teror gak tu...
tengok.. dah la kat rumah tak ade pengukus... tapi xpe.. mujur KAK LEHA ni teror gak


okay.. sekarang tibalah ke acara penyediann... yummy yummy...


1. masukkan satu packet besar santan.

2. kat dapur sebelah.. dah masak gula melaka... cairkan dan tapis... buang segala pasir-pasir...
ni versi tak manis meleting sangat... just nice je... xnak kencing manis okay.
3. satukan semua bahan bahan... santan, 3 buku gula melaka, 3 sudu besar gula pasir, garam secukup rasa, durian, daun pandan

kacau2 sehingga masak

kacau2.. warna dia terang je lagi..
sehinggalah jadi pekat seperti gambar kat bawah ni


tadaaa~~
dah berubah wajah..
pekat likat

PERINGATAN>> INI BUKAN TEMPOYAK, INI PENGAT
rupa dah macam tempoyak kan? kan? kan?
letak je lada.. jadi le.. hahahaha

kalau nk pekat lagi.. letakla bancuhan air tepung jagung.. guna 2 sudu besar tepung jagung
confirm kuah jadi likat dan pekat..
tak letak pun kuah dah pekat


then bolehla dihidangkan ikut suka hati dan selera
sesuai untuk juadah petang seisi keluarga

P/S: buat breakfast pun sedap.. cicah ngan roti atau biskut... simpan pengat durian kat dalam peti sejuk.. makan sejuk2 best woooo... mcm AIS KRIM DURIAN.. 
NAK NAK LAGI MAKAN TENGAH STADY.. perghhhhhhhh!!!!!

TOM YAM PUTIH resepi MEK DAH

 

saya terlupalah pulak nak ambil gambar tomyam putih yang siap lengkap sepenuhnya.
betul betul terlupa...

tapi macam ni ler ghupernye
putih dan pedas
semuanya dari resepi mek dah

bahan bahan yang sangat2 diperlukan.. penting wehhh!!

seperti yang dilihat dalam gambar

 1. serai

2. daun limau purut

(serai & daun limau purut letak banyak2 pun ok.. lagi sedap, perasan x klu makan kat kedai, serai ngan daun limau purut akan banyak, sebab tu rasanya sedap... pure dari thailand)

3. lada dan bawang
(resepi campak2 ikut suka nak banyak mana)

4. daun ketumbar
(klu xsuka, xperlu letak)

5. ayam
ni paling penting
boleh jugak klu nak letak seafood atau meat
lagi best dan ummpphhh kalau letak UDANG GALAH...
tapi memandangkan purse dah kering.. ptptn dah habis,
terpaksa buat ala kadar je..
cube bayangkan klu ada udang galah
ish ish ish
meleleh air liu
6. sayur
terpulang nak letak sayur apa
mushroom ke, brokoli ke, ikut la


7. limau purut
(actually resepi sebenar pakai tomato, tapi limau pun boleh.. tiada sukatan, ikut suka hati )

8. santan..
xguna banyak.. sikit je.. dalam 5 sudu besar
agak-agak la
setakat nak nampak putih dan rasa lemak sikit



bahan bahan dah tersedia.. preparation dah cukup
tunggu nak masak je
tapi sebelum tu kita kemas dulu ruang tamu yang bersepah habis..
dah pukul 1 petang.. tapi still xkemas kemas
nampak tak?
bersepah


okay sekarang kembali ke dapur

cara penyediaan


1. didihkan air kat kuali atau periuk
(sukatan air terpulang pada individu, kalau nak hirup, lebehkan la kuah, just cukup untuk mandikan ayam..hehehe)
2. dah panas... masukkan daun limau purut, lada bawang, serai kedalam kuali

3. lepas tu masukkan ayam.. actually humban/masukkan semua sekali gus...
tunggu lah sampai ayam masak


sambil sambil tunggu ayam masak.. kita cincang daun ketumbar...


ayam dah nampak masak... kacau kacau.. and next step is:

4. masukkan santan... jangan guna satu kotak.. nanti rasa ayam masak lemak pulak.. just guna 5 sudu besar santan... terpulang.. xcukup tambah lagi


5. then perah asam limau atau boleh digantikan dengan tomato
terpulang pada individu.. kalau suka masam perah lebeh, kalau tak suka masam.. kurangkan la

6. janagn lupa garam... ajinomoto xyah guna... buat tambah penyakit yang sedia ada je...

kacau sehingga sebati, then rasa... modifite la kalau rasa something wrong
dah okay.. boleh angkat dan hidangkan...


bayangkan makan tomyam putih.. hirup kuah sambil tengok drama MARIMAR...
perghhh... tengok la saat marimar, sergio dan cruzita bersatu as family..

tersedak pedas tengok sergio and marimar kiss...
pedas betul tom yam MEK ni

hehehe... tamat.. enjoy lunch

P/S: tom yam biasa yang kita makan (warna merah).. kalau letak santan sikit pun marvelous.. nak nak lagi kalau tomyam udang galah yang besau besau... kalau xde udang besau, tak kick la tom yam tu...

Thursday, April 21, 2011

AYAM KUNYIT~ menjadi kegilaan dan bualan...


atee.. ghini ler ghupe nyeee

cube baca tajuk sekali lagi
AYAM KUNYIT wehhhhh!!!
yang menjadi kegilaan dan bualan kawan2 di teratak bonda

aku pun tak tau apa yang dorang duk kata sedap
padahal aku main campak campak je

ade mintak resepi
ni ha aku nak kasi..
sriyesss
xde sifir
just campak sana, campak sini

bahan-bahan:
ni hidangan utk satu ekor... terpulang lah..nama pun resepi campak-campak

 bahan A:
ayam yang dah digoreng
(jgn goreng garing sangat.. nanti hilang rasa ayam..)

bahan B:
1. minyak goreng ayam..
(anggaran ikut suka hati, stakat boleh goreng bahan B, kalau xsuka minyak banyak just sikit, tak cukup tambah lagi)

2.  bawang holand.. bawang besar
(lagi banyak lagi best.. biasa buat 2@3 labu... tepulang kepada korang.. xsuka bawang kurangkan la bawangnya)

3. cili api... atau cili burung
(sapa suka pedas letak la banyak.. biasanya letak 7 biji)

4. lada besar
(ikut suka hati... 4 biji biasanya)

5. 2 sudu makan sos tiram

6. halia dan serai..(kalau xnak atau xde pun xpe)
7. serbuk kunyit secukup rasa..
(biasa letak 2 sudu besar waktu menumis, pakai kunyit serbuk, bukan kunyit hidup)

8. garam..(xguna ajinomoto)


cara-cara penyediaan:

1.bahan A:
goreng ayam...jangan terlalu garing.. just nice and sweet.. sebab kalau ayam terlalu garing, nanti dah tiada rasa ayam. dah masak angkat ayam, toskan minyak.


2. bahan B:
gune je minyak goreng ayam tadi (sikit je... stakat boleh tumis bahan B)
goreng bawang, lada kecil & besar, halia dengan serai sampai layu...
masuk kan garam, sos tiram dan kunyit secukup rasa...
just nice je goreng bahan2 B ni.. jangan terlalu garing...

dah agak-agak masak then masuk kan ayam.
gaul-gaul sehinga ayam and bahan B serasi bersama, dah tu angkat ler.


P/s: lagi best rasanya kalau ade tomato... saya suka tomato!

Wednesday, April 20, 2011

Typical Presentation Day!!

ni suasana presentation kat kelas SENTAP D2 BM220 4C
biasa biasa je... tapi aku terkilan gila sebab terpaksa tak tengok cerita marimar! auuwwww

apa korang tak tau cerita marimar?
cisss memang ketinggalan zaman

this one is opening credit for marimar
isnin - khamis tv3 pukul 3-4 ptgn
tengok tau!!

dah dah
berbalik kpd presentation day
present group report
pergh
memang ngantuk gila
niat nk ponteng tapi bila tak ade geng n YDP lecture ak
trus xjadik... cettttt

typical dan kebiasaan bagi student bila
1 jam nk presentation baru kelam kabut nak buat slide n habiskan report
termasuk group aku SI DEMOK sendiri
last minute je kejenya
BARU ADVENTURE beb..
(padahal tanguh tanguh kejenya)

gamba hiasan..
1 jam sebelum presentation
kelam kabut kami semua
baru tu la nk buat slide
baru tu la nk combine report
baru tu la nk betulkan kesalahan
penat wehhh
TERMASUKLAH GROUP AKU
tak lari dari buat keje last minute
TIME MANAGEMENT bak kata anip.. xde..

ni ha..
NADIA YAMINA
sebuk buat preparation presentation
n tgh present report bell beliau
ni suasana kelas
kusyuk mendengar n berkejasama membantu menjawab soalan
bagus.. itulah yg kami mahu
sebab itu semua lecturer berebut nk ngajar kelas kami!
eksehhhhh

perasan tak mata mira terpejam!!!
nur masih segar lagi

fokuskan kepada mata mira yg dah terpejam
lena habiss nokkkk!!

dan berbalik kepada nur!
apa yg dah jadi?
lena bertemankan mimpi
tengok kau... lecturer duduk selang satu meje je pon..
berani mau tidur..
ish ish ish

SI DEMOK BUAT APA?
kusyuk denga presentation?
tak nye weh
DEMOK LAGI TERUK
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


melantak wehhhhhh
MELANTAK

tak hiraukan presentation kat depan..
teruskan dengan suapan CONTOS

peneman dlm kelas.

ni soalan aku pada anip
HEP bukak tv3 tak? sebab aku nk tengok MARIMAR
siap aku conteng meja lagi nk beri message
bukti!
hehehe
sunggug berwawasan studeny macam aku ni
salah eja:
sungguh berwawasan student mcm aku ni


ANTARA BARISAN2 PANEL YG SUKA BERTANYAKAN SOALAN ADALAH

1. atikah zulme.... klu xde soalan memang xsah
asyik berkokok je

2. geng atas bawah ni..
ANIP & APIZ... suka gak tanya soalan
selalu tanya sampaikan lecturer pelik kalau dorang ni tak tanya


3. SI DEMOK.. aku pun banyak tanya soalan gak
tapi banyak MAKAN la dr bertanya
pas tu sebok tangkap gambar..'
ha! tu memang keje aku.


yang penting semua lega bila dah habis buat presentation and hantar semua report
tinggal nk face final exam je

untuk semua 
WARGA UiTM
especially kelas D2 BM220 4C
selamat menjawab final exam tau!
buat betul2
stady smart and gempak2
mintak2 xde yg tersangkut.. semua lulus dgn cemerlang
BASYA! CAIYOK2x!!!


jangan meniru!!!
ANSWER IN YOUR OWN!!!

jujur ok!

good luck in this final exam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...