SLIDE1

Friday, April 22, 2011

TOM YAM PUTIH resepi MEK DAH

 

saya terlupalah pulak nak ambil gambar tomyam putih yang siap lengkap sepenuhnya.
betul betul terlupa...

tapi macam ni ler ghupernye
putih dan pedas
semuanya dari resepi mek dah

bahan bahan yang sangat2 diperlukan.. penting wehhh!!

seperti yang dilihat dalam gambar

 1. serai

2. daun limau purut

(serai & daun limau purut letak banyak2 pun ok.. lagi sedap, perasan x klu makan kat kedai, serai ngan daun limau purut akan banyak, sebab tu rasanya sedap... pure dari thailand)

3. lada dan bawang
(resepi campak2 ikut suka nak banyak mana)

4. daun ketumbar
(klu xsuka, xperlu letak)

5. ayam
ni paling penting
boleh jugak klu nak letak seafood atau meat
lagi best dan ummpphhh kalau letak UDANG GALAH...
tapi memandangkan purse dah kering.. ptptn dah habis,
terpaksa buat ala kadar je..
cube bayangkan klu ada udang galah
ish ish ish
meleleh air liu
6. sayur
terpulang nak letak sayur apa
mushroom ke, brokoli ke, ikut la


7. limau purut
(actually resepi sebenar pakai tomato, tapi limau pun boleh.. tiada sukatan, ikut suka hati )

8. santan..
xguna banyak.. sikit je.. dalam 5 sudu besar
agak-agak la
setakat nak nampak putih dan rasa lemak sikit



bahan bahan dah tersedia.. preparation dah cukup
tunggu nak masak je
tapi sebelum tu kita kemas dulu ruang tamu yang bersepah habis..
dah pukul 1 petang.. tapi still xkemas kemas
nampak tak?
bersepah


okay sekarang kembali ke dapur

cara penyediaan


1. didihkan air kat kuali atau periuk
(sukatan air terpulang pada individu, kalau nak hirup, lebehkan la kuah, just cukup untuk mandikan ayam..hehehe)
2. dah panas... masukkan daun limau purut, lada bawang, serai kedalam kuali

3. lepas tu masukkan ayam.. actually humban/masukkan semua sekali gus...
tunggu lah sampai ayam masak


sambil sambil tunggu ayam masak.. kita cincang daun ketumbar...


ayam dah nampak masak... kacau kacau.. and next step is:

4. masukkan santan... jangan guna satu kotak.. nanti rasa ayam masak lemak pulak.. just guna 5 sudu besar santan... terpulang.. xcukup tambah lagi


5. then perah asam limau atau boleh digantikan dengan tomato
terpulang pada individu.. kalau suka masam perah lebeh, kalau tak suka masam.. kurangkan la

6. janagn lupa garam... ajinomoto xyah guna... buat tambah penyakit yang sedia ada je...

kacau sehingga sebati, then rasa... modifite la kalau rasa something wrong
dah okay.. boleh angkat dan hidangkan...


bayangkan makan tomyam putih.. hirup kuah sambil tengok drama MARIMAR...
perghhh... tengok la saat marimar, sergio dan cruzita bersatu as family..

tersedak pedas tengok sergio and marimar kiss...
pedas betul tom yam MEK ni

hehehe... tamat.. enjoy lunch

P/S: tom yam biasa yang kita makan (warna merah).. kalau letak santan sikit pun marvelous.. nak nak lagi kalau tomyam udang galah yang besau besau... kalau xde udang besau, tak kick la tom yam tu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...