SLIDE1

Sunday, June 16, 2013

Selamat hari abah... Moga tenang itu milik kite

Selamat hari Abah...

Dari dulu
Langsung tak ada celebration atau hadiah branded-branded
Hanya ada doa dan semangat

Dari dulu
Mak abah tak pernah ajar
Celebrete hari jadi, hari bapa atau hari ibu

Dari dulu
Mereka hanya ajar untuk bawa kemenangan atau kejayaan
Agar mak abah boleh senyum lega selalu

Dari dulu
Kami bahagia dengan apa yang ada
Walau kami tak semeriah keluarga orang diluar sana

Abah.. 
Cinta ini tak mampu dikira
Andai diberi nyawa, belum tentu habis dihitung
Budi dan kasih yang sudah tersemat lama

Abah..
Dugaan buat kite memang kuat
Namun, hikmahnya hingga kini lekat tersemat

Sayang abah.... <3



Friday, June 14, 2013

Hilang

Tebar sisa di laut
Kembali semula dibawa ombak
Walau diri sudah terpaut
Harus diusir hati yang sebak

Buang cinta dilaut
Kembali di pantai teguh terpasak
Walau jiwa dah lama remuk
Kenapa auranya masih mengasak

Hilangkan diri dilaut
Tidak mahu kembali tidak mahu timbul
Bila cinta kembali dipungut
Sayang... jasadnya pula tidak timbul-timbul


Mari mata

Mari mata...
Biar ku gesel titis air yang duka
Agar hilang entah kemana

Mari mata....
Biar ku kesat titis terakhir yang pilu
Menjadi saat terakhir menapak dikelopak penuh sendu

Mari mata...
Celikan terang sinarkan bahagia
Ayuh Kita lemparkan gelap yang sungguh buta

Mari mata....
Untuk kali ini
Biar aku tiupkan, untuk kali ini.


Thursday, June 13, 2013

Pergilah si buta

Sungguh kau tercipta dari besi
Dan aku ini manusia paling bodoh...
Sehingga secair ini aku lebur

Sungguh kau dibuat dari waja
Dan aku ini manusia paling bodoh...
Sehingga sedalam ini aku luka

Sungguh hati kau buta
Sebab tak dikurnia panca indera
Untuk kau menilik aku yang setia...

Dah memag takdir
Pergilah.....

Saturday, June 8, 2013

SEMBILAN TAHUN yang sudah cukup

Sembilan tahun kot
Masih dizaman sekolah
Aku suka dia
Aku suka gila

Sembilan tahun kot
Aku tunggu dia
Siap nangis bila nak berpisah dengan dia

Sembilan tahun aku doa
Aku nak dekat dgn dia
Dengan family dia
Sampai aku tertidur tika bersujud
Hanya mendoakan aku tak mahu berpisah
Dengan mereka semua

Sembilan tahun aku pendam 
Agar aku mengalah untuk hanya jadi sahabat
Sebab aku takut
Perasaan ini akan buat
Aku berpisah dgn mereka

Sembilan tahun jugak
Aku buat cerita
Kononya aku suka org itu
Dan aku nangis sebab org ini
Walaupun aku tak pernah membenarkan 100%
Hati aku terusik disebabkan DIA
Hanya kerana aku nak tengok riaksi dia
Bila dia cube tenangkan aku...
Ye, aku GILA!

Sembilan tahun jugak 
Aku tahan nak telepon dia
Sebab aku berperang dgn diri aku
Supaya aku kotakan janji aku jadi sahabat DIA

Sembilan tahun ini aku syg dia
Sampaikan aku lupa dan tolak perasaan cinta
Aku lupa nak kasi diri aku satu jiwa

Ye, banyak org kata aku syko
Banyak orang kata aku gilaaa

Sampai tadi aku jumpa dia
Aku jumpa keluarga dia
Dan buatkan aku TEKAD!!

Cukup cukup lah aku pendam
Untuk terus suka dia

Dan untuk sembilan tahun yang sia sia ini
CUKUPLAH....

Aku nak lupakan DIA
Ya Allah... Sudah letih untuk sembilan tahun ini
Aku mahu cari bahgia aku sendiri.
Cukup untuk sembilan tahun ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...