SLIDE1

Wednesday, April 29, 2015

RASPBERRY PI Project


Minggu ni Team kami semua sibuk menyiapkan tugasan KHAS yang dinamakan
RASPBERRY PI WORKSHOP untuk kanak-kanak/remaja lingkungan 12-18 tahun.

Dulu masa first aku dengar word Raspberry Pi, aku dah pelik dah, otak aku dah ingat
"Makanan ke?"
Apa? Raspberry Pie? Pie???
"Pie ni ke yang korang maksudkan?


bukan lah, bukan bukan dan langsung bukan
Raspbery Pi yang kami maksudkan adalah sejenis board berukuran ATM Card.
Kecil je namun Raspberry Pi board ni boleh buat macam-macam.
kalau korang rajin pergi kat https://www.raspberrypi.org/ dan korang akan tahu dengan lebih details akan kebolehan Raspberry Pi ni.
Ada yang boleh buat Robot, CCTV, Server, Frame gambar bergerak dan macam-macam aktiviti menarik yang boleh dilakukan, mende ni sesuai untuk kanak-kanak dan remaja kerana board sekecil ini mampu menghasilkan sesuatu inovasi yang Superb! Secara tidak langsung kita akan lebih mengeksplore dan memahami tentang programming dan sistem serta cara komputer berfungsi.

Kalau korang ada anak-anak, terutamanya yang minat IT atau korang sendiri nk tanamkan minat anak-anak dalamdunia teknologi dan inovasi, boleh join workshop kami.

Free sahaja.
nak lebih detail jom lah join Fb kami: https://www.facebook.com/openlabsmalaysia 

Terima Kasih
:)

Monday, April 27, 2015

Gulai Lemak Nangka Bertemankan Udang yang Ringkas


Assalamualaikum dan Hi kepada semua pembaca yang dihormati.
Saya nk kongsikan resepi campak-campak iaitu
Gulai Lemak Nangka Bertemankan Udang.
selain udang, boleh gantikan dengan ikan masin, perut lembu, ayam atau daging.

Bahan-bahanya adalah:


1. Sebiji Nangka Muda (Celur dulu, jgn terlalu lama sebab just nak kasi dia layu dan buang getah serta buih nangka muda, anggaran celur dlm 5 - 10 minit)
2. Udang Segar (terpulang sama ada nk buang kulit atau tak, aku kesian kat mak aku sebab terkial-kial dia nk kopakkan kulit udang, jadi aku buang kulit ambil isi sahaja, sementara itu kulit udang aku jadikan stok, membazir buang)
3. Bahan Blender: segenggam cili, 2 cm kunyit hidup, Segenggam ikan bilis
4. 10 biji cili tabur (adik ngn mak aku suka lada tabur, tabur last sekali bila gulai hampir siap)
5. Bawang besar 2 labu dan dipotong-potong
6. Serai 3 batang diketuk/dititik
7. Asam Keping 2 keping
8. Santan dan semangkuk air (main agak je nak banyak mana, ikut suka)
9. Garam, gula


Langkah Pertama: Sediakan Stok Udang

cara aku buat stok udang senang sahaja.
panaskan periuk, letak sedikit minyak, bila minyak sudah panas kemudian letak kulit udang.
kacau-kacau sampai bertukar warna semuanya.
masukkan air (kuantiti ikut suka, xperlu banyak sangat), kemudian kacau dan tunggu sehingga mendidih. angkat dan tapis air.
siap!


Langkah kedua: Penyediaan Gulai
Paling simple dan mudah.

Dalam satu kuali, kau campak dan satukan semua bahan beserta semangkuk air kecuali santan dan lada tabur kau ketepikan dahulu. (campak hati-hati, jangan berterabur pulak),
serious senang! kau gaul-gaul sebati, bila mula menggelegak baru kau letak santan dan perasa, make sure kau gaul dan jangan biarkan gulai pecah minyak.
bila nk masak baru kau letak lada tabur.
bila rasa dah cukup dan sedap, nangka juga dah empuk.
kemudian kau tutup api dan hidang


Selamat mencuba!!
terima kasih

:)


DIY HAIR VITAMIN or REMEDY RAMBUT/ DIY UBAT RAMBUT


Assalamualaikum & Hi,
today will share with reader some tips on preparing
D.I.Y hair vitamins/mask/fertilizer or whatever you call that purposely made
for the growth and health of our hair.

Everybody want hair like 'victoria Secret Model',
they are soo lush, healthier and confident.
Do we know the secret behind it? (except for go to saloon and do treatment that are costly)
i want to share with all of you about this traditional natural and simple ingredient that helps to prevent hair loss and give extra vitamin to hair.

The preparation is easy and maybe some of you already known but it is not wrong if we share
our tips and benefits of doing D.I.Y hair vitamins/mask/fertilizer


we just need 1 avocado, 2 table spoon of olive oil and 5 table spoon of coconut milk


stir all together and then you will get a result as shown on picture above.
1 bowl is enough for my hair
leave on your hair about 20 to 30 minutes, and then rinse your hair with your favorite shampoo



The benefits:

1. Avocado: (read more)
Vitamin deficiency can cause hair loss or hair to grow slowly. Avocados are high in vitamins B and E, which work at the cellular level to protect and strengthen hair. Vitamin B is essential for hair growth. Vitamin E helps repair damage on the scalp, which may slow or prevent hair growing. Healthy hair grows half an inch every month. Using avocado in a conditioner or as a hair mask are the best ways to promote regular hair growth.

2. Olive oil: (read more)
  1. Prevent DTH Hormones Production. A hormone called DTH is the culprit in many cases of hair loss, as it causes the hair follicle shaft to narrow. Olive oil actually stops this from happening, which means you can hold onto your hair for longer.
  2. Promote Scalp Health. Olive oil is loaded with antioxidants, which can keep the skin of your scalp in better shape. It can even reduce the damage done by hair care products or overuse of styling products.
  3. Naturally Condition the Hair. Olive oil can make your hair shiny and soft. That's why it has been used for centuries as a natural hair conditioner.
  4. Fight off Fungi and Bacteria. Dandruff, head lice and other adverse conditions can contribute to hair loss. Fortunately, olive oil fights off all of these things, helping keep your hair healthier.
  5. Improve Blood Circulation. Olive oil massages can improve the blood circulation in your scalp. This increased blood flow can stimulate the follicles, which then produce thicker strands. 

3. Coconut Milk: (read more)
  1. Helps to protect hair from the loss of protein.
  2. Boosts hair's body/volume and shine by replenishing hair fibres with oil.
  3. Helps to repair damaged hair
  4. Helps to detangle hair.
  5. Helps to soften hair.
  6. Treats a dry flaky scalp.
  7. Helps to treat hair loss - not scientifically proven but some claim tis so!
  8. By protecting hair and the scalp, it helps hair grow.
video

thanks for watching
bye bye

:)


Friday, April 24, 2015

Rendang Ayam Pencen (Letak Kicap)




Semenjak mak aku sakit kritikal, aku suka masak kat rumah untuk mak aku (time cuti jelah), walaupon lauk yang aku masak memang rare, tapi untuk mak aku semuanya boleh. Mungkin suatu hari nanti kalau mak aku dah tiada menghadap Ilahi, aku akan rasa tenang sebab mak dah makan masakan aku, paling happy sebab kami dah berbakti pada Mak. Mungkin esok atau lusa kita tak tahu, sementara Tuhan pinjamkan lebih masa ni, sedaya paya kami akan jaga mak.

Berbalik kepad resepi Rendang Ayam Pencen, memang simple giler. Main campak-campak dan agak-agak kemudian menjadi. Yang penting barang semua cukup. Kalau xde lengkuas, kerisik, santan, lada kering tak akan menjadilah Rendang kita.

P/S: kalau makan rending saya suka hampas (serbuk2) kuah rending, jadi bahan-bahan mcm lengkuas, serai bawang kene banyak. Terpulang.



Bahan-bahan:
  •  Satu ekor ayam pencen (Ayam pencen ni keras, jadi aku masukkan dlm pressure cooker dulu selama 20 minit, kalau xrebus dulu alamatnya patah gigi masa makan)
  •  Rempah adik beradik (kayu manis, bunga lawing, buah pala)
  •  Bahan Hampas: 2 jengkal lengkuas a9terpulang banyak mana lengkuas korang, sikit boleh banyak pon boleh), 6 batang serai, 1 labu bawang putih, 6 ulas bawang besar, 1 cm kunyit hidup, 2 cm halia.
  •  Bahan Lada: Lada kering 3 genggam (kalau resepi mak aku, dia tambah cili padi seba dia suka pedas, kuantiti lada terlupang pada korang, mcm aku agak2 setengah blender), option untuk letak 3 sudu besar serbuk Kurma atau kari (mcm saya pilih serbuk Kurma)
  •  Garam, Gula Merah (lupa beli gula merah, aku ganti dengan kicap), gula putih, perasa
  • 2 ketul Asam keping
  •  Daun-daun: 3 helai daun kunyit (diracik-racik) dan 5 helai Daun limau purut
  • Kerisik 2 packet kecil (terpulang pada korang nk letak banyak mana)
  •  Santan segera size besar.


BAHAN A (Blender Cili)
BAHAN B( Blender barang hampas)
         Bahan Lada: Lada kering 3 genggam (kalau resepi mak aku, dia tambah cili padi sebab   dia suka pedas, kuantiti lada terlupang pada korang, mcm aku agak2 setengah blender), option untuk letak 3 sudu besar serbuk Kurma atau kari (mcm saya pilih serbuk Kurma)

au      Bahan Hampas: 2 jengkal lengkuas  terpulang banyak mana lengkuas korang,  sikit boleh banyak pon boleh), 6 batang  serai, 1 labu bawang putih, 6 ulas bawang  besar, 1 cm kunyit hidup, 2 cm halia.


PENYEDIAAN:
1.       Panaskan minyak kat kuali, bila dah panas masuk rempah tiga beradik (kayu manis, bunga     lawing, buah pala)
2.       Masukkan Bahan A dan Bahan B, masak sampai kering.
3.       Masukkan Ayam pencen yang telah direbus dlm pressure cooker, gaul sebati.
4.       Masukkan santan, Kerisik dan Daun limau purut dan asam keping, gaul sebati.
5.       Time to seasoning, aku terlupa beli gula Melaka jadi aku gantikan dengan kicap, kuantiti kicap ikut suka sampai rasa dah kickkkkk!
6.       Gaul gaul dan gaul sampai kering, kalau korang suka basah pon terpulang, kene sentiasa kacau sebab nk elak hangit… hampas-hampas rending tu mudah hangit kalau tak gaul.
7.       Last step bila nak tutup api, tabir kunyit racik-racik dan gaul sekata.
8.       Hidang cantik-cantik
9.       Dah siap





Selamat mencuba.
Terima Kasih sudi baca


Thursday, April 23, 2015

REVIEW & TESTIMONIAL OF K-COLLY (Kolagen Berkesan dan Terbukti)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Diharap agar pembaca semua sihat-sihat berlaka,
yang penting, apa yang anda cari tentang K-colly akan berjumpa disini.

Update Tips Jerawat: Klik disini

sebelum itu, jom kita tengok botol, rupa dan packaging K-Colly,
especially buat pembaca yg tgh survey dan mencari testimoni.
(ini adalah review diri saya sendiri)



Rasa dia manis-manis masam,
rasa strawbery dgn raspbery (rasanyalah), just nice.
benefits dia memang sangat banyak, tapi kat blog aku malas nk cerita benefits
sebab dekat blog orang lain, terutamanya penjual dan dropshiper k-colly 
dah ada cerita khasiat k-colly yang panjang jela..

post kali ini hanya cerita mengenai hasil sahaja
:)


Sebelum tengok gambar2 dengan lebih banyak lagi, saya bangga nak beritahu bahawa gambar selepas ni sumpah demi Allah saya tak edit, cume bubuh water mark nama supaya tak ada org curi gambar. Mari tengok muka saya sebelum makan K-Colly:

kalau korang pernah baca cerita jerawat saya (klik sini), ternyata yang saya memang seorang yang kerap tumbuh jerawat, seperti dalam gambar, jerawat melarat dan merebak tumbuh serata dagu dan dahi. Demi nak kelihatan Flawless, saya berusaha sehabis baik untuk terus nampak gebu dan licin.



Kalau korang perasa, nampak tak banyak biji-biji jerawat dengan bekas jerawat di bahagian dahi dan dagu?



Hanya selepas seminggu dan sebulan, kita akan nampak perubahan ketara hasil dari penggunaan K-Colly, tapi memang kene disiplin.
pagi 1 scoope dan Malam 1 Soope.
tapi saya memang buat mcm candy sesuka hati, sebab rasa dia manis
jadi saya makan pagi petang siang malam.
kadang-kadang saya jadikan K-Colly sebagai snack.
okay, mari lihat perbezaan selepas seminggu-sebulan.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

yang paling ketara adalah
KULIT NAMPAK MOIST,
jerawat memang lembab nak singgah,






Mesti korang kata aku make-up TEBAL kan?
yes, tapi bahagian kening dengan mata je makeup tebal.
kulit muka aku hanya mengenakan SUNBLOCK dan BEDAK BABY JOHNSON SAHAJA.

Bila kita mempunyai kulit yang SUPERB okay, maka kerja2 makeup tak perlu bersusah payah untuk menutup parut, atau meratakan tona kulit muka...
sebab terbukti bersinar, gebu dan flawles.

Lagi gambar yang boleh dijadikan sbg Testimonial.




Bila kulit okay, Korang just perlu Enhance makeup mata, nak lagi wow kene apply contact lense, then akan nampak seperti PAN-ASIAN gitewwww...
hehehehehe
jangan muntah pulak.


sempatlah merasa glamour sekejap, lepas pihak K-Colly iklankan muka aku, (tapi sebenarnya aku dah delete post ni)


gambar kat atas ni kalau tak silap, 
result after just 1 week rasanya.
bezakan? nampak moist kan?

okay, kalau korang nk tips mengenai K-Colly,
boleh review article aku yang akan datang atau korang boleh klik (di sini)

jika ada sebarang soalan, jangan segan silu komen kat bawah,
tapi kalau nk fast respon, sila PM kt Facebook,
confirm cepat reply.

okay, bye...
thanks sudi bace dan tatap review saya.

muah!!!

xoxo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...