SLIDE1

Friday, October 16, 2015

Cara-cara surprise birthday untuk Kesayangan, Romantic Birthday Dinner


Khas untuk korang yang tengah buntu nak cari surprise idea,
kaedah atau jenis-jenis surprise yang boleh kita buat
untuk celebrate special day with someone you love

tak kiralah mak ayah ke, boyfriend ke, adik beradik ke, haiwan peliharaan ke...

Berikut antara fantasi yang aku rasa nak buat.
banyak sangat tengok drama melayu petang-petang, tu yang berangan lebih.
Berikut, serba sedikit aku kongsikan imaginasi yang tak seberapa ni.

warning: entry kali ini berkonsepkan gedik


Surprise no 1: Balloon in Car (back bonnet car)

kita sediakan ballon yang diikatkan dengan tali dan sweet note, letakkan di belakang bonnet kereta (bonet kereta mesti besar, kalau viva atau kancil baik lupakan, lebih baik taruk bunga sahaja untuk bonet kecil, makesure bonet kerete bertutup, kalau tak tak jadilah). Lepastu, konon-kononye korang suruh sidia ambil barang dalam bonnet kereta. Then, sekali dia bukak kereta tiba-tiba...... 

"Mak oii!!! banyak betul belon terbang. Ada apa ni sayang?" muka sedikit bingung. Mata tak lepas melihat belon  berwarna-warni naik ke udara. Nota yang diikat pada tali belon tersebut dibaca satu persatu. Hati yang tersedia berbunga bertambah mekar berbunga kembang sejurus nota-nota pada setiap belon itu habis dibaca.

Masa dia tengah tersentap bahagia tengok nota-nota nilah, korang kene terus ambil tindakan cepat-cepat. Dengan seikhlas hati korang ucap.
"Happy Birthday Sayang" 
dengan intonasi yang penuh kelembutan dan tersemat sebagai satu kenangan. Korang jangan jerit pulak, spoil weh mood nak romantik
 
Mesti korang rasa mcm tah apa-apa kan? 
tapi bila adegan ni terkena pada batang hidung korang, confirm!!! boleh menitik air mata.
nak nak lagi kat surface bonnet kereta tu pulak
penuh dengan kelopak bunga dan bunga segar.

Tak semestinya lelaki je yang perlu bersusah payah untuk buat something sweet macam ni. Sebagai perempuan, kita pon boleh buat, gunakan imaginasi korang yang banyak sangat baca novel atau tengok drama petang2 tu. Kedua-dua belah pihak harus bertindak, barulah romantik tu kekal sepanjang masa hingga ke akhir hayat.

Aku prefer celebrate something mcm ni dengan majlis tertutup, cukup hanya ada aku dengan "someone yang aku sayang" tak payah nak jemput sekampung, nak romantik-romantik pon segan jap lagi, hahaha

Senyum sorang-sorang sambil menaip entry ni. Saya tahu saya romantik (perasan jap)








Suprise no 2: Hanging Balloon on Bed or in Bedroom


Surprise jenis ni sesuai sangat untuk korang yang dah khawin, yang belum jangan menggatal-gatal nak buat. Idea begini sangat terkesan bila korang print out all the memories yang korang ada into pictures dan ikat pada tali belon mcm gambar diatas, kalau suami atau isteri tengok kesungguhan yang macam ini, bukan sahaja cair tapi terus menangis terharu sambil ucap terima kasih. 
...Terharu kan...

Of course nak buat aktiviti ni perlu secara rahsia dan  perlu ada rancangan yang teliti dari awal. kalau tak ada maknanya tak surpriselah. Lebih senang bilamana rancangan ini dijayakan semasa suami atau pasangan sedang bekerja, senang kata masa weekday lah. 

Kamu harus berlakon, memulakan routine pagi seperti biasa, bersiap-siap nak pergi kerja. Keluar kerja macam biasa bagi mengelak rancangan ini dihidu. Padahal kamu ambil cuti khas untuk menjayakan rancangan ni.

Lepas sidia pergi kerja.... Sekarang inilah masanya untuk beraksi. Masa nilah korang pergi cari prop yang sesuai dan sediakan semua barang. Dari mengemas dan memasang balon sehinggalah menyediakan meja makan dengan tema romantik. Invest sikit untuk beli bunga, balon, lilin dan aroma terapi untuk membangkitkan suasana romantik. Setahun sekali je pun.

Tapi aku rasa korang perlu skip dulu surprise no 2 ni. Lebih baik korang surprisekan pasangan sejurus pulang dari tempat kerja, masa pasangan bukak pintu terus korang wish happy birthday dengan nada happy, jangan lupa kasi light kiss pada pipi pasangan. Skip Dulu adegan bawa masuk bilik untuk tengok decoration sweet mcm dalam gambar diatas, warm up dulu dengan kasi makan best-best, sila kenyangkan dulu pasangan anda.

Mesti pasangan korang tak lekang sebut "i love you". paling tak pon akan ucap "terima kasih sayang". Pada pasangan yang tak romantik tu, kita sendiri yang perlu mencipta suasana romantik. Lama-lama pasti jinak pasangan untuk beromantik tanpa disuruh atau rasa malu.




Surprise no 3: Candle and Lighting
Seperti yang aku mention kat atas, korang kene skip bahagian tunjuk decoration bilik (skip surprise no 2), surprise ni actually buat masa last sekali. Kamu haruslah Surprisekan pasangan semasa pulang dari kerja sejurus buka pintu. 

Macam kaedah di atas, korang datang bawak kek atau bunga dan terus wish "Happy Birthday Sayang"...

Tapi untuk kaedah seterusnya ni lain sikit. Korang menyorok disatu sudut yang korang masih boleh nampak pasangan, kalau boleh biar keadaan gelap dimana lampu tertutup. Hanya biarkan nyalaan lilin seperti didalam gambar.

Dari jauh korang lihat reaksi pasangan. Then barulah korang keluar dan bawak bunga atau kek untuk wish birthday. Seelok eloknya biar pasangan berjalan dahulu sepanjang dekorasi nyalaan lilin ni. Biar pasangan anda feel the moment gitew. 

Masa pasangan terharu tu, korang perlu lah inject lebih sikit suasana romantik ni. Kenalah buat skrip best untuk wish something yang akan buatkan pasangan terharu, happy, sedih, gembira, bahagia dan seangkatan dengannya. Sebagai contoh:

"Rose are red and some flowers are blue, my best days are the one with you"
"I dont want anyone else to have your lips, heart, kiss your lips, or be in your arms because that's only my place"
"I love my life because it gave me you, I love you because you are my life"


Ini sebahagian jelah, aku pon tak pandai sangat nak mengarang ayat, Kalau boleh biar ianya spontan tulus keluar dari hati, itu lebih nampak ikhlas dan bersahaja. Mana yang pandai nyanyi tu sangat digalakkan untuk nyanyi, Bayangkan kalau pasangan suara macam pasha unggu nyanyi lagu tercipta untukkku:


Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..



Meleh kalau aku dengar, nak nak lagi ada main guitar siap-siap, Tak dapat hadiah birthday pon tak apa asalkan  hati berbunga bahagia macam ni. mihmihmihmih 
(macam cerita mat saleh pulak)






Surprise no 4: Dining Table Decoration & Romantic Menu
Mewujudkan suasana Romantik tu sangat penting, jangan masa makan terus mood nak beromantik tu kelaut tetapi seharusnya perlu dikekalkan dengan memberi perincian pada hiasan, menu dan sebagainya. Macam contoh gambar diatas, ini hanyalah sebagai cadangan, kalau tak mahu hias dengan belon pon tak apa sebab kadang-kadang terlampau banyak hiasan belon akan memberi rasa sambutan birthday budak sekolah pulak. Yang penting, apa yang ada atas dining table tu akan membangkitkan suasana romantik.

Prop atau hiasan sepeti lilin dan bunga berserta bekas bersesuaian sangat memainkan peranan. Tuan Puan perlu invest untuk mendapatkan result terbaik, beli bunga fresh atau plastik, letak lilin dan beli jar bersesuai ternyata sudah cukup membangkitkan mood romantik.

Tak semestinya bunga mahal-mahal untuk diletakkan atas meja makan, asalkan kombinasi warnaya harmoni itu sudah memadai. Perlu kreatif!

Lilin sangat penting, korang jangan skip pulak. Kalau letak dalam jar macam dalam gambar ni memang selamat dari terpadam, cadangan gambar seperti disebelah ni memang membuatkan aku nak follow.

Sebagai option, korang boleh taburkan kelopak bunga, untuk alas meja aku rasa ada baiknya alas meja kosong tanpa corak atau abstract, sebab kita nak tonjolkan hiasan dan menu atasnya. Seeloknya sediakan alas meja just for the purpose to celebrate this, kalau ada alas meja baru nampak umppphhh!!! terpulanglah dengan kreativiti korang, kalau tak ada pon tak apa.



Bila mulakan sesuatu, biar kita sudahkannya dengan sempurna.
decorate plate, spoon, fork tissue/napkin and everything mcm dalam suasana restaurant lima bintang.
wujudkan suasana ini


Tak susah pon untuk korang print out menu malam special korang, dan letakkan menu tersebut mengikut kreativiti korang, sama ada dalam plate atau standing.
ala macam restaurant slalu buat, introduce menu pada tetamu.

Aku rasa, decoration kek pon memainkan peranan...
kalau letak hiasan buah-buah warna merah sebagai topping ni aku rasa lebih seksi dan romantik.
itu pandangan aku lah. Korang kena try!


dah selalu sangat makan nasi atau mee,
untuk menu romantik aku rasa sesuai sediakan something mcm western.
steak, spaghetti, atau something yang simple and quick serta diet yang lengkap.

Tips: bila pasangan dah masak sedap-sedap... Korang janganlah pulak jadi kayu. Atleast ucaplah 
"Terima Kasih sayang, sedap!"
Nak inject lagi suasana romantik tu, korang usap atau belai tangan pasangan tanda ucapan syukur terima kasih sebab sediakan makanan untuk korang.
Kalau lah aku sendiri yang rasa layanan macam ni, hari-hari masak pon aku sanggup.
sungguh!


ini antara contoh cadangan dekorasi dan menu yang simple.
korang jangan kasi arak pulak (untuk muslim), air sparkling juice non alcohol yang halal banyak jual.
pandai-pandai lah korang decorate, mix dengan buah atau buat raspberry/blueberry punch.
Jangan hidang air yang biasa sangat contohnya air sirapke, bandungke, oren ke.
carilah sesuatu yang unik.


contoh macam dalam gambar ni.
sparkling juice mix dengan buah buahan.
korang kene lah invest jugak untuk barangan pinggan mangkuk.
Semua decoration atas meja akan tak menjadi kalau korang hidang dengan pinggan mangkuk plastik.
jadi faham-faham lah.

Lepas makan baru korang bawa masuk bilik, tunjukkan decoration seperti dalam contoh surprise no 2 diatas. Lepas ni korang nak panjangkan adegan romantik terpulang pada korang lah nak buat macam mana. Setakat ni je yang aku boleh kongsikan.



Lagi satu, kalau korang dah ada anak, tak kiralah umur berapa, mereka juga boleh jadi prop korang.
pakaikan pakaian sweet, bawak belon atau bunga
itupun memadai.

Sekali lagi, aku suka kalau majlis sebegini diraikan hanya bersama pasangan dan keluarga kecil sahaja. Barulah rasa selesa nak beromantik.

Sekian, terima kasih sudi baca.
Harap kita semua dapat manfaat dan sudilah kongsikan cerita bersama.

Jumpa lagi,
:)

3 comments:

  1. wow bagus idea ni...ada la sikit idea nak celebrate birthday husband

    ReplyDelete
  2. Hai guys! Saya recommend Ailo Eventor Surprise Planner punya service untuk birthday surprise! Memang very2 recommeded.. Service dia mmg terbaik! Saya dah buat surprise untuk husband baru2 ni.. dekat gambar nampak sikit je bunga TAPI bila husband dpat tup tup 20 stalk bunga plus bear2 (padahal tak de pon nmpk dlm pakej).. Belon pulak minta 3 tapi dapat 4.. perhhh saya pun disurprisenya.. hahahah..Saya dari Kuala Kangsar tapi buat surprise untuk husband dekat Port Dickson.. Tak silap saya base dorg ni dekat Negeri Sembilan.. & now dorg tgh buat promosi giler2.. Cuba lah check dorg dekat Insta.. if tak dekat fb la..Excited pulak saya.. hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...