SLIDE1

Thursday, October 1, 2015

MAKANAN POPULAR KELANTAN: self review


Assalamualaikum dan salam muhibah kepada para pembaca semua.
baru-baru ni saya dan kawan saya (sal) telah berkunjung ke kelantan
Tujuan 1: nak cari makanan untuk menternak lemaks
Tujuan 2: mengimbas kembali sejrah dan kenangan pahit disana, kalau kita imbas kenangan pahit maka diri kita akan menjadi semakin kuat dan matang, kira orang kata mcm muhasabah diri.

ni boleh dikatakan short vacay! 2 hari 1 malam.

ni muka kami, tengah excited nak berlepas dari airport subang.
abaikan muka tenuk salasiah tu.


sampai2 je kami di airport kelantan, ada abam sado baik hati ni datang jemput dan bawak pergi hotel.
ni tourist guide kami sepajang di Kelantan.
Thanks Najib Teid

Terus bawak pergi breakfast.
lokasi: Kopitiam Kita Kota Bharu. (sila waze)

bersungguh cik abam kito ni weh
ni yang paling menarik. telur separuh masak diletakkan atas roti baka dan lembut, serta dicalit sedikit kaya disekitar roti

Kopitiam ni dipenuhi dengan galeri artis-artis tanah air yang pernah berkunjung merasai makanan di Kopitiam Kita Kota Bharu Kelantan, paling terpampang besar adalah wajah siti nurhaliza dan suami beliau Dato K.


Nasi tumpang yang macam bentuk Kon tu sedap sungguh, nama nasi tumpang mungkin relevanya adalah disebabkan udang tu tumpang dalam nasi.. kot!
who cares.


Nasi ni lupa apa namanya, tapi biasa-biasa sahaja rasanya.

pukul sepuluh pagi waktu bekerja pon orang ramai masih membanjiri tempat makan ni. sampai full house tak ada kerusi. Hebat pok cik kedai ni. Owner dia orang cina, ramah sungguh siap layan customers, tak nampak macam tokey pon.



Tengah hari pula kami pergi ke tempat makan paling famous di Kota Bharu Kelantan ni.
Lokasi: Nasi Ulam Cikgu (tak tahu sila waze)

aku rasa kami ambil 3 ketul ayam besar-besar gedabak, dua pinggan budu campur lada tempoyak, ikan patin. ikan keli, sayur, hati ayam, ulam ulaman 2 pinggan, air sirap dan nasi..
terkejut weh!!! semua sekali lauk sebanyak mcm lauk kenduri tu hanya RM15, murah sungguh kan?
moga owner nasi ulam ni dimurahkan rezeki dan berlapang dada.
:)

terliur tak?

kecur air liur tak?


kalau korang tahu nama ulam ni, tolong kasi tau boleh?
nak cari la kat KL ni, rasa dia memang sedap weh!! crunchy gitew... ngap ngap dah macam kambing.
sedap sungguh!

Etok!!!

petang tu aku taram dua bungkus etok ni... sedap weh, snack masa menunggu waktu solat..
masa ni kami melepak kat KB Mall

Melepak kat Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan!!!
presentation ais krim ni memang wallaaaaahh!!!
murah weh! RM 5 shaja untuk kedua dua item ni.
aiskrim nenas dan lebihan nenas yang diletakkan dalam cawan.
heaven bukan, feel weh makan kat pantai...
rasa tak nak balik KL.


Aiskrim tembikai ni Salasiah yang punya. merengek rengek dari bulan lepas nak aiskrim ni.


yang ni pula untuk saya..
simbiolik antara nenas dan saya adalah
Tajam, Masam dan manis
mana yang kenal tu tau lah maksudnya,

happy tak muka kami?
:)


Apabila malam mejelma, ni yang nak cerita ni betapa scary jalan nak menuju ke tempat makan yang ohhhsyemm!!!

kene jalan kebelakang sikit, area dekat dengan lapangan terbang, lampu jalan mati jadi kene menyuluh sikit lah ye, kalau nak pergi, dia bukak malam sahaja. kene parking kerete dibahu jalan then jalan kaki.

ada signboard kecil yang tertera nama kedai makan
Kedai Samer Maggi Tiram

spooky tak? adventure kan nak cari makanan best ni.... baru ada rasa trill sikit.

very recomended weh!!!

dalam satu mangkuk kau boleh pilih nak letak apa pon. macam aku pilih letak ketam, belut, udang, sotong, telur sotong.
aku pilih perasa tom yam dan maggi. berasap punggung... sedap weh hirup maggi ni.
serius!!!!
very recomended, rasa nak datang lagi
pastikan korang pergi ni and try tau, Kedai Samer Maggi Tiram
confirm korang tak akan kecewe weh


mabeleeeessss nye weh!!!
sambil menaip entry ni sambil telan air liur

Rangup sungguh sotong celup tepung ni. buat snack sedap ni.

nampak tak telur sotong yang bergumpalan mcm alien tu?
sedap weh, tak tipu!
highly recomended!!!!

kedai dia biasa sahaja
tapi makanan dia luar biasa.
kedai makan ni diorang bukak kat depan halaman rumah je.
mana2 tempat boleh meniaga kalau kat kelantan ni.
kalau kt KL ada kene sodok kedai tu dengan pihak majlis

Habis je melantak, kami ke kedai Ikan Bakar Kukup.
merasa nak makan pulut mangga dan pulut durian.
Ohsyem duduk sini.
badan naik 3 inci okay, bukan 3 kg


sambil hirup aiskrim special ni, sambil tengok TV.
mabeles!!!


sejuk dia terasa sampai ke tulang rusuk.
(okay tipu je)


mek salasiah komplen mangga tak cukup,
jadi abam tupon tambah lagi mangga


kami nak makan kat lain, tapi tempat makan tu tutup.
jadinya tourist guide kami bawak makan kat pohon Nako ni.
yang menariknya, orang beratur sampai ke luar.
sanggup beratur tuh nak makan.
hebat kedai ni!!!


aku makan ni je,
kuah kari dengan sos ikan tui sedap weh
ikan cencaru atau dalam bahasa kelantan ikan kerongan ni memang garing..


lemak akak bersuka ria makan ikan ni woiii....
lemak akak kata, sila la tambah sepinggan lagi


sebelum kejadian


selepas kejadian
ALHAMDULILLAH..

lemak lemak akak sungguh happy!



cendera hati untuk keluarga kami,
kami belikan MURTABAK  RAJA
lokasi: Serimas Murtabak Raja Kelantan

kalau bungkus dengan kertas bunga-bunga, stail jugak buat hadiah macam ni.
hahahaha

Disini sahaja kisah celoteh kami di Kelantan.
siapa kata Malaysia ni tak ada tempat menarik?
terokailah Malaysia...
ceewah, next destination ke Sarawak kita.
sehingga berjumpa lagi.

p/s: mana tahu kan, masa fly tiba2 jodoh duduk kat seat sebelah, atau abam-abam pilot mcm cerita adam&hawa datang menyapa, atau abam sado mcm zul ariffin tersadung depan kita..

kita tak tahu kan?
:)

Bye, terima kasih korang baca review budak demok lagi temok ni.
Assalamualaikum


sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...