SLIDE1

Monday, January 9, 2017

SCANDINAVIAN HOME - idea Deco rumah



Hiasan rumah trending dan hangat diperkatakan zaman sekarang adalah SCANDINAVIAN INTERIOR DESIGN... especially bujang dan baru mendirikan rumah tangga akan explore cara deco rumah simple macam ni. boleh dikatakan gaya hipster under bajet. 

Semenjak kewujudan ikea, kaison, ssf, H&M furniture, index living mall and etc di Malaysia, rata-rata netizen beralih arah memilih konsep deco rumah ala simple, modern dan natural. Tapi tahukah kita apa maksud SCANDINAVIAN STYLE INTERIOR DESIGN?

Menurut aku... Scandinavian style are basically from the combination of these component; simplicity, minimalist, comfort and a bit touch of natural...  ini bermakna, dalam mendeco rumah korang, tak akan ada makna kecelaruan konsep rumah yang akan menampakkan kucar kacir... kombinasi warna yang harmoni dan perabot modern yang ringkas menjadi kunci utama kepada style scandinavian.



1. KOMBINASI WARNA
kombinasi warna sangat memainkan peranan dan mempengaruhi suasana rumah korang... untuk style scandinavian ni biasanya tertumpu kepada base warna terang iaitu putih dan diperincikan dengan sentuhan kombinasi pastel mahupun warna gelap yang bersesuaian.

Kalau zaman mak kita dulu, suka hari je nak letak warna apa... dinding wallpaper bunga-bunga... langsir pun nak berbunga-bunga tak match wall paper, perabut bersepah sana sini tak ada konsep. (jangan kutuk mak korang tau... hihihi)







2. PERABOT
Kalau bercerita bab perabot, yang pasti daripada pemerhatian aku... perabot mesti ada unsur modern+klasik... element perabot yang mempunyai unsur/sentuhan kayu sangat mencantikkan pemandangan. Scandinavian style mementingkan perabot minimalist... terutamanya untuk ruang kecil. contohnya pada area living room yang kecil, hanya letakan sofa 3 seater/2 seater beserta kerusi kecil tambahan untuk menjimatkan ruang... rasanya lagi baik spend untuk sofa 3 seater berkualiti sebab sofa adalah penarik utama yang menjadi perhatian/santapan mata.. lagipung itu tempat paing kerap korang lepak.





3. MONOCROM ITEM
monocrom item untuk scandinavian style ni aku rasa must have...
tak kisahla bantal, rug, atau apa-apa sahaja item... ianya mampu menaikan ruang hiasan kita dan juga memberi sentuhan modern.





4. PROP/HIASAN PENYERI
Oleh kerana berkonsepkan minimalist dengan perabut yang terhad... jadi kita perlu memberi perhatian dan perincian kepada prop/hiasan tambahan sebagai penyeri. Di sini kita boleh bermain dengan warna-warna yang boleh di blend dengan dinding dan perabot kita.

Prop yang boleh diberi perhatian adalah seperti throw pillow, frame gambar, rak atau kabinet, langsir, lampu dan beberapa aksesori yang melengkapkan gaya ruang anda.






5. CERIAKAN SETIAP SPACE
maksud ceriakan setiap space ni adalah, jika mempunyai ruang yang terbiar atau kosong... kita boleh serikan dengan hiasan seperti:


idea untuk perabot rak kasut


idea bagi hallway








6. POKOK-POKOK HIJAU
untuk kelihatan fresh dan terlihat nyaman... pokok-pokok hijau perlu diletakan disudut yang bersesuaian samaada pokok fresh atau tiruan... untuk meletakan pokok segar , ianya sangat bagus kerana bukan sahaja sebagai penyeri kediaman tetapi juga sebagai air purifier alami.






banyak lagi idea hiasan rumah yang boleh kita kongsikan bersama... untuk post seterusnya saya akan konsikap tips hiasan rumah flat under bajet.

selamat membaca dan berkongsi idea...

assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...